Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Maret 2014
Lelaki Larikan Kenderaan Polis Maut Kemalangan

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas kereta peronda polis yang dilarikannya melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan awal pagi tadi.
Dalam kejadian 4.30 pagi tadi itu, suspek Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, yang mengalami kecederaan di kepala disahkan mati ketika dirawat di Hospital Temerloh jam 7.58 pagi.
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani, suspek yang berasal dari Jengka itu dilaporkan telah menyerang anggota polis di Tol Chenor dengan menggunakan sebatang besi.
“Suspek dipercayai telah menyerang dan memukul anggota polis terbabit di tol berkenaan sebelum merampas pistol anggota polis itu dan melepaskan empat das tembakan.
“Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai anggota polis terbabit.
“(Selepas bertindak melarikan kereta polis itu), suspek telah melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kualan Lumpur-Kuantan dan cedera di kepala. Suspek meninggal di Hospital Temerloh pada jam 7.58 pagi,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada Bernama di sini hari ini.
Motif serangan dan punca kejadian masih belum diketahui.- BERNAMA
Rabu, 01 Januari 2014
Polis Isteri Parah Kena Serang Lima Lelaki Dalam Balai Polis Labis
Segamat – Seorang anggota polis dan isterinya serta seorang pekerja mereka, parah selepas diserang lima lelaki bersenjatakan pedang samurai dan kayu golf dalam kawasan Balai Polis Labis, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Konstabel Mohd Nawi Che Megat, 46, yang bertugas dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam serta isterinya dikenali sebagai Mek Pah, 41, cedera di kepala, lengan dan kaki selepas ditetak kumpulan terbabit.
Namun, lima penyerang berusia 30 hingga 40-an itu bersama senjata digunakan, ditahan polis selepas terperangkap dalam kawasan balai berkenaan apabila anggota polis bertugas menutup pintu pagar.
Kejadian dikatakan bermula apabila berlaku perselisihan faham antara anggota polis terbabit dengan seorang daripada suspek ketika bersarapan di sebuah restoran di Jalan Segamat di sini, pagi semalam.
Perselisihan itu tidak berakhir di restoran itu, sebaliknya suspek dengan bersenjatakan parang cuba menyerang anggota terbabit ketika mangsa bersama isterinya mahu berurusan di sebuah bank.
Seorang pekerja kedai makan milik Mek Pah yang turut berada di situ cuba membantu pasangan terbabit tetapi dia cedera ditetak beberapa kali oleh suspek.
Anggota polis terbabit bersama isterinya cuba menyelamatkan diri dengan memandu kenderaan pelbagai guna Honda Stream milik mereka bagi menda-patkan perlindungan dan membuat laporan di Balai Polis Labis yang terletak berdekatan.
Ketika pasangan itu berada di hadapan balai polis berkenaan, tiba-tiba suspek bersama empat rakannya yang menaiki Perodua Kelisa meluru masuk ke kawasan itu sebelum menyerang anggota terbabit dengan senjata dibawa mereka.
Mek Pah berkata, dalam keadaan cemas itu dia cuba membantu menghalang tetakan seorang penyerang sambil menyuruh suaminya lari menyela-matkan diri.
Akibat tindakan itu tangan kiri saya terkena tetakan dan pada masa sama mereka mengejar dan menyerang suami saya sambil menetaknya beberapa kali.
Kami bernasib baik kerana anggota polis yang bertugas pantas membantu dengan menutup pintu pagar balai serta menahan semua suspek, katanya.
Pasangan itu bersama pekerja mereka kemudiannya dikejarkan ke Hospital Segamat untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, ketika mengesahkan kejadian terbabit berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian itu berpunca daripada masalah peribadi lama yang timbul antara suspek dengan mangsa. – Berita Harian Online
Langganan:
Postingan (Atom)