Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Maret 2014
Lelaki Larikan Kenderaan Polis Maut Kemalangan

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas kereta peronda polis yang dilarikannya melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan awal pagi tadi.
Dalam kejadian 4.30 pagi tadi itu, suspek Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, yang mengalami kecederaan di kepala disahkan mati ketika dirawat di Hospital Temerloh jam 7.58 pagi.
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani, suspek yang berasal dari Jengka itu dilaporkan telah menyerang anggota polis di Tol Chenor dengan menggunakan sebatang besi.
“Suspek dipercayai telah menyerang dan memukul anggota polis terbabit di tol berkenaan sebelum merampas pistol anggota polis itu dan melepaskan empat das tembakan.
“Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai anggota polis terbabit.
“(Selepas bertindak melarikan kereta polis itu), suspek telah melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kualan Lumpur-Kuantan dan cedera di kepala. Suspek meninggal di Hospital Temerloh pada jam 7.58 pagi,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada Bernama di sini hari ini.
Motif serangan dan punca kejadian masih belum diketahui.- BERNAMA
Minggu, 29 Desember 2013
Maut minum dadah RM173 000
11 Nov 2013
London- myMetro: Seorang lelaki maut selepas meminum cecair dadah meth selepas menyangkanya minuman kesihatan.Romano Dias, 55, diberikan sebotol cecair yang kelihatan seperti jus buah oleh anak perempuannya, Katee yang menemuinya dalam bungkusan yang dihantar ke kediamannya.
Selepas meneguk separuh gelas daripada cecair itu, Dias mula berasa sakit dan mati sejurus kemudian.
Polis berkata, penemuan dadah itu di Britain adalah sesuatu yang luar biasa, tetapi serbuk meth mendapat perhatian awam melalui rancangan televisyen yang memenangi pelbagai anugerah, Breaking Bad.
Polis berkata, penemuan dadah itu di Britain adalah sesuatu yang luar biasa, tetapi serbuk meth mendapat perhatian awam melalui rancangan televisyen yang memenangi pelbagai anugerah, Breaking Bad.
Pasangan Dias, Debra Dulson berkata dalam satu kenyataan, ketika mangsa membuka botol terbabit, dia menemui lapik gabus di bawah penutupnya.
Debra berkata, Dias meneguk minuman itu dan memberitahu ia berasa tidak sedap sebelum mengadu tekaknya terbakar.
“Saya rasa macam nak mati,” katanya.
Analisis yang dijalankan terhadap botol itu yang dilabel sebagai minuman kesihatan menunjukkan ia mengandungi dadah methamphetamine tulen bernilai £34,000 (RM173,000).
Dadah itu yang lebih dikenali sebagai serbuk meth ialah amphetamine yang kuat dan biasanya dihisap, hidu atau disuntik.
Inkues yang dijalankan mendapati bungkusan itu dihantar ke kediaman Katee Dias di London. Ia menunjukkan alamat yang betul tetapi dengan nama yang salah.
Katee mengambil bungkusan itu kerana menyangka seseorang akan mengambilnya kelak lalu menyimpannya selama enam bulan. Dia kemudian membuka bungkusan itu dan menemui botol berkenaan.
Tidak lama kemudian, dia memberikan botol itu kepada bapanya.
Pegawai polis Ian Simmons memberitahu mahkamah Huntington yang Dias dan keluarganya tiada sebarang kaitan dengan sindiket dadah.
“Insiden yang berlaku di luar jangkaan dan sukar untuk dijelaskan,” katanya.
Simmons berkata, berdasarkan pendapat profesionalnya, botol itu menjadi sebahagian rancangan untuk membawa dadah kelas A ke Britain.
Bungkusan itu dihantar tiga tahun lalu dan kertas pembungkusnya juga sudah koyak, membataskan siasatan polis.
Pakar bedah siasat William Morris mengumumkan yang kematian Dias ialah satu kemalangan. - Agensi
Senin, 23 Desember 2013
Mahluk Misterius Pembawa Maut Di Gurun Gobi
Sepele, hanya cacing. Tapi “Cacing Pembawa Maut” yang misterius berbentuk cacing bergigi runcing ini dapat menyurutkan nyali para penjelajah yang melintasi Gurun Gobi. Dikatakan cacing ini termasuk ganas dan dapat menembus kulit hewan dan manusia, beracun, dan dapat merusak organ dalam. Mahluk ini terhitung mahluk legenda, yang keberadaannya masih diragukan para ilmuwan, karena penampakannya masih simpang siur dan tidak dapat dipastikan. Para ilmuwan pun menggolongkannya sebagai mahluk kriptozoologikal.
Beberapa foto yang beredar di internet ternyata hanyalah bualan (hoax) semata. Foto yang dikatakan sisa mahluk misterius pembawa maut sebetulnya adalah salah satu karya peserta kontes foto bualan tahun 2008 dari Jepang. Gambar berikut sengaja memberi tanda foto ini untuk meredam beredarnya kembali dengan bumbu cerita macam-macam.
Memang masih simpang siur, namun beberapa saksi dari penduduk setempat maupun para penjelajah mengatakan bahwa mahluk semacam itu memang ada, dan pernah pula ditemukan bersemayam di perut hewan yang mati. Jika memang ada, apa penjelasannya? Sementara bisa dijelaskan bahwa mahluk misterius pembawa maut berbentuk cacing, dengan panjang terlaporkan antara 0,5 hingga 1,5 meter itu hanyalah salah satu spesies dari cacing kadal. Cacing kadal sendiri sebetulnya bukan cacing, menurut penggolongan para ahli cacing kadal adalah “kerabat” dekat ular dan kadal.
sumber
Jumat, 20 Desember 2013
Kanak kanak ditinggal sendirian maut dalam kebakaran
|
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Bandar Baru Kangkar Pulai, awal hari ini.
Muhammad Iskandar Marakar ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air bersama-sama kakaknya Siti Aishah, 7, yang selamat dalam kejadian pukul 2 pagi itu.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di klinik berhampiran, dipercayai akibat lemas terhidu asap.
Bapa mereka Marakar Pekar, 45, memberitahu pemberita dua beradik itu ditinggalkan bersendirian di rumah kerana dia dan isterinya Masirah Berutu, 34, keluar membeli barang keperluan perniagaan di Pasar Borong Pandan, di Johor Bahru.
"Kedua-dua mereka sedang tidur di ruang tamu ketika kami keluar kira-kira pukul 12.30 tengah malam, namun kira-kira 1.45 pagi saya menerima panggilan daripada jiran memberitahu rumah kami terbakar.
"Apabila tiba di rumah, saya lihat polis dan bomba sudah tiba dan cuba untuk membuka pintu rumah tetapi saya terlebi dahulu membuka mangga pintu," katanya.
Menurut Marakar keadaan di dalam rumahnya ketika itu gelap dan diselubungi asap tebal namun dia berusaha mencari kedua-dua anaknya di ruang tamu.
"Saya menjerit memanggil mereka dan ketika itulah saya terdengar suara anak perempuan saya dari bilik tidur utama dan kemudian menemui mereka di dalam bilik air," katanya sambil menambah Muhammad Iskandar sudah tertiarap tidak sedarkan diri manakala Siti Aishah dalam keadaan lemah ketika itu.
Dia kemudian membawa kedua-dua anaknya ke klinik berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak lelakinya sudah meninggal dunia.
Sementara itu, keadaan Siti Aishah yang kini dirawat di Hospital Kulai dilapor stabil.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
- Bernama

Mati jugak dia akhirnya Ajal maut di tangan Tuhan
25 Nov 2013
Sally Ann Okuly (NBC4/Daily Mail)
Virginia - Seorang wanita di Virginia, Amerika Syarikat berhasil sembuh dari penyakit kanser yang dideritanya dan juga selamat dari kecelakaan motorsikal yang dialaminya. Namun tak diduga, wanita ini meninggal dilanggar kereta ketika pertama kali keluar rumah setelah sekian lama.
Sally Ann Okuly dilanggar sebuah kereta ketika menyeberang jalan dekat rumahnya, minggu lalu. Yang sedihnya, insiden tersebut terjadi ketika pertama kalinya Okuly keluar rumah setelah enam bulan dalam proses kesembuhan usai kemalangan motorsikal.
Seperti dilansir Daily Mail, Isnin (25/11/2013), Okuly meninggal dunia akibat luka-luka yang dideritanya, sehari setelah kemalangan tersebut. Pemandu kereta tersebut, Amanda Styles-Mays yang berusia 24 tahun telah dibicarakan kerana lalai memperhatikan adanya pejalan kaki dan memandu dengan sembrono.
"Dia (Okuly) orang yang paling murah hati," ucap suami Okuly, Bill Okuly kepada media setempat NBC4.
Bill telah mendampingi Okuly selama empat dekade terakhir. Dia menuturkan, mendiang isterinya memang kerap menyeberang jalan dari rumahnya ke stesyen minyak Wawa untuk membeli akhbar setiap pagi.
Pada 17 November lalu, wanita berusia 59 tahun ini memutuskan keluar rumah untuk pertama kalinya dalam enam bulan terakhir. Polis menuturkan, Okuly sedang menyeberang jalan ketika sebuah kereta Jeep Wrangler yang dipandu Styles-Mays masuk ke jalur pejalan kaki dan menghantam Okuly.
Jurucakap Prince William County, Jonathan Perok menyebutkan bahawa Styles-Mays berniat belok ke kiri ketika di perempatan, namun dia tidak memperhatikan keberadaan Okuly yang sedang menyeberang jalan. Okuly menyeberang jalan di tempat yang benar dan ketika lampu pejalan kaki menyala hijau.
Sally Ann Okuly dinyatakan meninggal dunia di rumah sakit pada Isnin (18/11) waktu setempat. Tepat seminggu setelahnya adalah perayaan ulang tahun pernikahannya dengan sang suami. Okuly meninggalkan dua orang anak.

sumber:detikNews
Senin, 16 Desember 2013
Tujuh Maut Gempa Bumi Di Iran

TEHRAN – Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud yang menggegar pantai berdekatan loji nuklear tunggal negara itu menyebabkan tujuh orang terkorban dan 30 lagi mengalami kecederaan, semalam.
“Setakat ini, tujuh maut dan 30 orang yang cedera menerima rawatan di hospital,” kata Ketua Jabatan Kecemasan, Hassan Qadami. Gempa itu berpusat dekat Borazjan kira-kira 60 kiloemter dari Bushehr, lokasi reaktor milik Iran buatan Russia.
Iran pernah dilanda gempa bumi teruk pada Disember 2003 di selatan bandar Bam mengakibtkan 26,000 orang terkorban dan memusnahkan tempat suci purba. – AFP
Langganan:
Postingan (Atom)