Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Lelaki Larikan Kenderaan Polis Maut Kemalangan


KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas kereta peronda polis yang dilarikannya melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.30 pagi tadi itu, suspek Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, yang mengalami kecederaan di kepala disahkan mati ketika dirawat di Hospital Temerloh jam 7.58 pagi.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani, suspek yang berasal dari Jengka itu dilaporkan telah menyerang anggota polis di Tol Chenor dengan menggunakan sebatang besi.

“Suspek dipercayai telah menyerang dan memukul anggota polis terbabit di tol berkenaan sebelum merampas pistol anggota polis itu dan melepaskan empat das tembakan.

“Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai anggota polis terbabit.

“(Selepas bertindak melarikan kereta polis itu), suspek telah melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kualan Lumpur-Kuantan dan cedera di kepala. Suspek meninggal di Hospital Temerloh pada jam 7.58 pagi,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada Bernama di sini hari ini.

Motif serangan dan punca kejadian masih belum diketahui.- BERNAMA
Read More..

Jumat, 07 Februari 2014

Pesanan Lambat Lelaki Mengamuk Di McDonald’s


Kami percaya kelaparan mampu menjadikan anda tidak waras dan hilang pertimbangan.

Itulah yang boleh kami simpulkan apabila membaca kisah lelaki yang mengamuk di laluan pandu lalu McDonald’s di Sengkang, Singapura melalui laman Stomp Straits Times.

Menurut saksi, lelaki itu naik angin selepas makanan yang dipesan belum tiba dalam tempoh yang agak lama.

“Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta dan menjerit ke arah pekerja McDonald’s bertanyakan sarapannya.

“Dia tidak ada adap langsung dan kelihatan agak kelakar,” jelasnya.

Lelaki itu juga cuba masuk ke dapur restoran bagi menunjukkan kemarahannya.

Apabila pekerja McDonald’s tersebut keluar untuk menenangkannya, dia menjerit, “Tak perlu ‘filet-o-fish, tak perlu sarapan!”

Hai, bawa-bawalah bersabar sikit. Orang lain di belakang pun sama menunggu juga. Tapi taklah mengamuk macam orang kebulur.

Oleh: ELZA
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Polis Isteri Parah Kena Serang Lima Lelaki Dalam Balai Polis Labis

Parah


Segamat – Seorang anggota polis dan isterinya serta seorang pekerja mereka, parah selepas diserang lima lelaki bersenjatakan pedang samurai dan kayu golf dalam kawasan Balai Polis Labis, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Konstabel Mohd Nawi Che Megat, 46, yang bertugas dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam serta isterinya dikenali sebagai Mek Pah, 41, cedera di kepala, lengan dan kaki selepas ditetak kumpulan terbabit.
Namun, lima penyerang berusia 30 hingga 40-an itu bersama senjata digunakan, ditahan polis selepas terperangkap dalam kawasan balai berkenaan apabila anggota polis bertugas menutup pintu pagar.
Kejadian dikatakan bermula apabila berlaku perselisihan faham antara anggota polis terbabit dengan seorang daripada suspek ketika bersarapan di sebuah restoran di Jalan Segamat di sini, pagi semalam.
Perselisihan itu tidak berakhir di restoran itu, sebaliknya suspek dengan bersenjatakan parang cuba menyerang anggota terbabit ketika mangsa bersama isterinya mahu berurusan di sebuah bank.
Seorang pekerja kedai makan milik Mek Pah yang turut berada di situ cuba membantu pasangan terbabit tetapi dia cedera ditetak beberapa kali oleh suspek.
Anggota polis terbabit bersama isterinya cuba menyelamatkan diri dengan memandu kenderaan pelbagai guna Honda Stream milik mereka bagi menda-patkan perlindungan dan membuat laporan di Balai Polis Labis yang terletak berdekatan.
Ketika pasangan itu berada di hadapan balai polis berkenaan, tiba-tiba suspek bersama empat rakannya yang menaiki Perodua Kelisa meluru masuk ke kawasan itu sebelum menyerang anggota terbabit dengan senjata dibawa mereka.
Mek Pah berkata, dalam keadaan cemas itu dia cuba membantu menghalang tetakan seorang penyerang sambil menyuruh suaminya lari menyela-matkan diri.
Akibat tindakan itu tangan kiri saya terkena tetakan dan pada masa sama mereka mengejar dan menyerang suami saya sambil menetaknya beberapa kali.
Kami bernasib baik kerana anggota polis yang bertugas pantas membantu dengan menutup pintu pagar balai serta menahan semua suspek, katanya.
Pasangan itu bersama pekerja mereka kemudiannya dikejarkan ke Hospital Segamat untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, ketika mengesahkan kejadian terbabit berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian itu berpunca daripada masalah peribadi lama yang timbul antara suspek dengan mangsa. – Berita Harian Online
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

Sadis! Lelaki India Paksa Isterinya Minum Asid Hingga Meninggal

 28 Feb 2013
Ilustrasi (Straits Times)

Jakarta - Seorang lelaki di India membunuh   isterinya dengan memaksanya minum air asid. Hal ini dilakukan gara-gara sang isteri menolak untuk meminta orangtuanya memberikan wang mahar yang lebih banyak kepada sang suami.

Seperti dilansir Asia One, Khamis (28/2/2013), insiden ini terjadi di Vellore, Tamil Nadu, India.Lelaki  itu, S Srinivasan (32) memaksa isterinya, Gomathi (22) untuk meminum air asid. Bahkan, Srinivasan dibantu oleh keluarganya ktika menghabisi nyawa isterinya tersebut.

Menurut  polis  setempat, Srinivasan bersama-sama dengan ibunya, Tamil Selvi dan saudara perempuannya, Kalpana kerap mempermalukan isterinya gara-gara wang mahar. Mereka menuntut wang mahar yang lebih besar sejak Srinivasan menikahi Gomathi pada 11 bulan lalu.

Namun baru 3 bulan terakhir, orang tua Gomathi mengetahui perbuatan Srinivasan dan keluarganya. Bahkan terungkap pula jika mereka sering menganiaya Gomathi. Keluarga Gomathi pun memberi tambahan wang mahar 10 ribu rupee, namun ternyata wang tersebut masih tidak cukup.

Kepada orangtua isterinya, Srinivasan menyatakan Gomath meninggal minum racun dan dia mengaku dia yang membawa Gomathi ke rumah sakit.

Namun ternyata, Gomathi sempat memberitahu bibinya bahawa suami dan keluarga mertuanya memaksanya minum air asid. Gomathi meninggal dunia pada Selasa (26/2) waktu setempat.

Kes ini masih dalam penyiasatan polis   setempat. Tidak dijelaskan apakah sang suami telah ditahan polis  atau tidak.detikNews
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

guna mykad ibu untuk berzina dengan teman lelaki

 
Seorang gadis 19 tahun dicekup kerana berkhalwat di sebuah hotel pada malam sambutan Ambang Kemerdekaan .Dia menggunakan kad pengenalan ibunya bagi mendaftar masuk hotel berkenaaan.Dia hanya memakai blaus dan seluar ketat paras paha tanpa memaki coli dan seluar dalam.


Dalam pemeriksaan pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menemui coli dan singlet diatas katil dan menemui kesan tompokan darah di bawah coli dan singlet itu.Gadis itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya buat petama kali.

Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Inilah Alasan Kenapa Tandas Lelaki Tidak Boleh Dekat Dengan Tandas Wanita

Inilah Alasan Kenapa Tandas Lelaki Tidak Boleh Dekat Dengan Tandas Wanita..hahahaha..Lihat sahaja animasi dibawah...semoga terhibur semua...:D







Read More..