Kamis, 19 Desember 2013

Dewan Ulama akan bincang usul kaji semula

Datuk Harun Taib

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas menyatakan hanya menunggu "signal" daripada pewakilan parti untuk membincangkan tahaaluf siyaasi dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 25 November depan.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, keputusan untuk mengadakan perbincangan tahaaluf siyaasi hanya akan dilakukan sekiranya menerima syor daripada pewakilan parti.

Bagaimanapun, beliau berkata, tahaaluf siyaasi masih diteruskan oleh Dewan Ulama sehingga mendapat keputusan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

"Kita pun masih belum pasti, kita akan tengok pewakilan nanti.

"Kalau ada terima syor kita akan membincangkan perkara tersebut dalam muktamar kali ini, saya tak cakap ia tidak akan dibincangkan, ia bergantung kepada pewakilan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu menyatakan kemungkinan tahaaluf siyaasi tidak akan dikaji semula sempena muktamar kali ini.

Mohamad berkata, sebaliknya usul lebih fokus membincangkan usaha untuk merapatkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga parti dalam PR.

“Saya masih belum berkesempatan melihat usul yang akan dibentangkan. Namun, saya jangkakan antara usulnya ialah berkaitan hal PR.

“Ia tidak ada kena mengena dengan cadangan Multaqa Ulama yang mahu tahaluf siyasi dikaji semula. Sebaliknya, usul ini lebih kepada pengukuhan PR,” katanya.

Sehubungan itu, Harun turut menegaskan jika terdapat syor untuk membincangkan perkara itu Dewan Ulama akan meneruskan perbincangan walaupun Pas Pusat tidak bersetuju.

"Kita tak takut pada tekanan daripada mana-mana pihak, kalau kita nak buat kita akan buat ikut yang mana munasabah.

"Kalau Pas Pusat tak setuju kita akan bincangkan dalam muktamar kita yang berlangsung pada 21 November," katanya lagi apabila ditanya adakah perkara itu akan menerima tekanan daripada pihak lain supaya tidak dibincangkan dalam Muktamar ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar