Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014

Pas Umno kongsi pelamin

sinarharian
25 November 2012
Pas-Umno kongsi pelamin
Khemah biru hijau yang melambangkan dua parti politik berbeza turut digunakan pada majlis persandingan.
Pas-Umno kongsi pelamin
Abdul Azeez menepung tawar setiap pasangan pengantin.
BALING - Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam.

Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; Zulkifli
Ahmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling.

Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza.

“Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali.

“Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan.

“Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya.

Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin.

“Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

Mipas bantah Najib kata Umno bukan parti rasis

Harakahdaily, 13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ‘Umno bukan parti rasis’.
Najib menyatakan demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam kelmarin.

“Mipas mempertikaikan kenyatan Najib, jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mengatakan bahawa kekalahan dan kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah punca tsunami kaum Cina,” kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, Najib mengalih isu sebenar dan sengaja mencetuskan perkauman dengan menghidupkan semula pertengkaran antara kaum.

Beliau berkata, hakikat sebenarnya ialah bukan Tsunami Cina tapi Tsunami Rakyat, itulah realiti yang sedang belaku.

Tambah beliau, Najib dan Barisan Nasional harus menerima kenyataan yang sebenar bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan dan mereka bebas mengundi serta memilih mana-mana wakil calon yang mereka sukai.

“Jika benar Umno bukan parti rasis, kenapa Najib mencalonkan Zulkifli Noordin di Shah Alam mewakili kerusi BN, sedangkan Zulkifli Noordin pernah menghina kepercayaan penganut agama Hindu,” ujarnya dengan menegaskan Mipas tidak boleh menerima kenyataan Najib itu.

Begitu juga, ujarnya tidak ada sebarang tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia keluaran muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina Mahu?’ selepas PRU13.

Malahan, kata beliau tidak ada apa-apa tindakan dan teguran sama sekali terhadap kenyataan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah, dan banyak lagi isu-isu berbau perkauman dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sebelum ini.

“Jadi isu sama ada sebarang parti, sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat mahupun Umno atau parti-parti yang lain bukan rasis atau rasis tidak lagi relevan kerana pengundi, rakyat mengundi mengikut matlamat perjuangan dan manifesto yang diketengahkan oleh parti masing-masing dalam PRU yang ke-13 ini,” ujarnya lagi.

Ini, kata  Barathidasan boleh dibuktikan dengan kekalahan calon Bebas yang lebih pro kepada Umno dan BN, Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, satu kawasan yang majoriti nya pengundi Melayu walaupun calon Umno BN Che Johan telah menarik diri daripada bertanding, begitu juga dengan kekalahan Zulkifli Noordin di Shah Alam.

Sebenarnya, bagi beliau Umno harus sedar dan ikhtibar mengenai realiti dan perubahan landskap politik Malaysia yang kini lebih kompleks, matang dan jauh berbeza daripada tahun-tahun 40-an, 50-an, 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan sehinggalah menjelang tahun-tahun dekad akhir pertama abad ke-12 ini.

Menurutnya, perkembangan globalisasi, ledakan internet dan media sosial serta pemikiran yang lebih berani dan telus ditambah dengan arus pengetahuan dan fahaman yang membina daripada generasi yang muda semakin menuntut kepada dinamisma dan anjakan paradigm dalam semua aspek pembangunan negara.

“Maka isu rasis bukan lagi menjadi persoalan pokok atau isu lagi dalam arena politik Malaysia masa kini kerana trend tersebut semakin berkurangan,” katanya.
Read More..