Tampilkan postingan dengan label trio. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label trio. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 Desember 2013

Rasmi Trio penyandang naib presiden kekal

Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini]Menurut keputusan rasmi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengekalkan jawatan naib Presiden Umno.

Sehingga jam 1.45 pagi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi dan manakala Shafie memperoleh 174 undi.

Seorang lagi penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat 100 undi dengan diikuti oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan 91 undi, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing mendapat 7 undi.

Bagi jawatan Majlis Tinggi (MT) pula menyaksikan Datuk Seri Mustapa Mohamed, 57 undi mendahului calon-calon lain.

Pengerusi Tetap:
   
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
   
    Timbalan Pengerusi Tetap:
    1. Datuk Mohamad Aziz = 72
    2. Ahmad Fariz Abdullah = 0
    3. Datuk Abd Rahman Palil = 6


    Presiden:

    1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

    Timbalan Presiden:

    1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)


    Naib Presiden:

    1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi = 185
    2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal = 174
    3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein = 100
    4. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir = 91
    5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam = 7
    6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad = 7


   Majlis Tertinggi:
  
    1. Datuk Seri Shahidan Kassim = 48
    2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah = 40
    3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir = 1
    4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob = 55
    5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin = 26
    6. Tan Sri Annuar Musa = 42
    7. Datuk Zahidi Zainul Abidin = 12
    8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan = 28
    9. Datuk Misri Barham = 0
    10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin = 36
    12. Datuk Musa Sheikh Fadzir = 21
    13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek = 55
    14. Datuk Ab Aziz Kaprawi = 28
    15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim = 54
    16. Datuk Seri Mustapa Mohamed = 57
    17. Datuk Sohaimi Shahadan = 24
    18. Datuk Seri Idris Jusoh = 55
    19. Datuk Mahdzir Khalid 51
    20. Datuk Razali Ibrahim = 47
    21. Dr Mohd Puad Zarkashi = 38
    22. Datuk Halimah Mohamed Sadique = 24
    23. Yusoff Ishak = 2
    24. Mohd Ariff Abdul Aziz = 0
    25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis = 42
    26. Datuk Mokhtar Radin = 27
    27. Datuk Ab Wahab Ibrahim = 0
    28. Zawawi Othman = 3
    29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah = 15
    30. Datuk Rosni Zahari = 15
    31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom = 55
    32. Datuk Abd Rahman Dahalan = 53
    33. Datuk Abd Latiff Ahmad = 38
    34. Razali Husain = 1
    35. Datuk Dr Norraesah Mohamad = 24
    36. Datuk Seri Azalina Othman Said = 41
    37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman = 2
    38. Datuk Md Alwi Che Ahmad = 16
    39. Datuk Azman Shah Omar Shah = 4
    40. Datuk Seri Mohamad Hasan = 46
    41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman = 44
    42. Datuk Maznah Abdul Hamid = 8
    43. Datuk Hamidah Osman = 4
    44. Datuk Hassan Malek = 48
    45. Mohd Sazili Shahibi
    46. Abd Zarin Mohd Yasin = 1
    47. Datuk Mohamad Satim Diman = 17
    48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed = 1
    49. Datuk Idris Haron = 53
    50. Datuk Mohd Zain Ismail = 0
    51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad = 17
    52. Datuk Nur Jazlan Mohamed = 12
    53. Datuk Nasir Safar = 5
    54. Azlan Man = 18
    55. Dr Zubir Harun = 2
    56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman = 7
    57. Mohsin Yusoff = 0
    58. Datuk Saifuddin Abdullah = 10
    59. Datuk Ishak Ismail = 2
    60. Tun Faisal Ismail Aziz = 6
    61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik = 11
    62. Datuk Ahmad Jaafar = 2
    63. Datuk Reezal Merican Naina Merican = 27
    64. Sapin @Sairin Karano @Karno = 2
Read More..

Minggu, 15 Desember 2013

Trio mampu terus agenda transformasi


KUALA LUMPUR - Gandingan tiga penyandang Naib Presiden, yang mengekalkan jawatan mereka pada pemilihan parti semalam, diyakini dapat meneruskan pelaksanaan agenda transformasi dalam Umno, demikian menurut beberapa anggota veteran parti hari ini.

Timbalan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin berkata perwakilan memilih semula Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana mereka yakin trio itu boleh membawa arus perubahan secara berterusan.

Sambil meminta semua pihak menghormati keputusan itu, beliau berkata pemilihan itu juga memantapkan lagi parti terutama dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kekuatan Umno di seluruh negara akan dimantapkan...ini dapat menjamin Barisan Nasional untuk meraih kemenangan PRU14 nanti," katanya kepada Bernama hari ini.   

Pada pemilihan itu, Ahmad Zahid, Mohd Shafie dan Hishammuddin masing-masing memperoleh 185, 174 undi dan 100 undi bahagian untuk mengekalkan gandingan mereka sebagai naib presiden Umno bagi penggal 2013-2016.

Seramai 146,500 perwakilan daripada sejumlah 191 Bahagian Umno mengundi mengikut sistem Electoral College bagi memilih tiga Naib Presiden baharu.

Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi terbanyak dari perwakilan bahagian dikira meraih satu undi daripada bahagian berkenaan.

Ahmad Nordin juga menasihati calon-calon yang tewas pada pemilihan Umno supaya terus berbakti kepada Umno.

"Yang pasti, khidmat mereka masih diperlukan dan mereka ini juga nama-nama yang memperkuat parti, pastinya jasa mereka takkan dilupakan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata para perwakilan memilih Ahmad Zahid, Mohd Shafie dan Hishammuddin kerana mahu melihat kesinambungan perjuangan yang dibawa mereka dalam agenda transformasi Umno.

"Saya melihatnya satu keputusan yang berwawasan dan bijaksana. Veteran Umno telah pun menjangkakan mereka akan kekalkan jawatan berdasarkan faktor itu," katanya.

Mustapha berkata sebagai anggota Umno, beliau berpendapat mereka merupakan Pasukan yang baik untuk bergandingan dengan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjamin kemenangan BN pada PRU14.

"Bagi saya ketiga-tiganya satu team yang baik untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha memastikan kelangsungan Umno," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka dapat melaksanakan peranan masing-masing dengan lebih gigih untuk mengukuhkan Umno.

Mustapha berkata Ahmad Zahid, sebagai Pengerusi Latihan Umno, diharap dapat mempergiat program latihan untuk anggota-anggota Umno.

"Mohd Shafie yang menjaga aspek keanggotaan parti diharap dapat menyusun strategi menarik lebih ramai orang muda menyertai Umno manakala Hishammuddin pula yang berperanan dalam hal perlembagaan parti, perlu membuat penambahbaikan terhadap kelemahan yang ada terutamanya disiplin anggota," katanya.   

Bagi yang kalah dalam pemilihan parti, Mustapha meminta mereka tidak berkecil hati kerana tiada istilah kalah-menang dalam erti kata semangat perjuangan untuk Umno.

"Saya yakin (Tan Sri) Isa Samad, (Datuk) Mukhriz Mahathir dan (Tan Sri) Ali Rustam boleh terima keputusan ini sebab bagi saya mereka sayang kepada Umno," katanya.

Pengerusi Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak pula berkata keputusan mengekalkan status quo bagi jawatan Naib Presiden itu menunjukkan perwakilan yakin dengan rekod kerja ketiga-tiga naib presiden itu.

"Saya sebagai veteran Umno pun merasakan mereka ini tidak memberi banyak masalah dalam menerajui kempimpinan tertinggi parti," katanya.

Menurutnya Ahmad Zahid, Mohd Shafie dan Hishammuddin sepakat dan boleh bekerjasama dengan baik untuk membawa manfaat kepada anggota parti khususnya dan rakyat amnya.

Selain itu, Rozali berharap calon yang tewas dapat mengekalkan perpaduan parti dan bekerjasama dengan pemimpin yang dipilih demi kepentingan serta masa depan Umno. - Bernama
Read More..