Tampilkan postingan dengan label diri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label diri. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Kerana terlalu miskin wanita ini nekad bedah diri sendiri dengan pisau dapur

posted by indah.com on 9 Jun 2012

Wu, yang bekerja sebagai pekerja migran, menderita penyakit kronis yang dikenal sebagai sindrom Budd-Chiari selama 13 tahun . Hal ini menyebabkan perutnya secara bertahap akan terisi cairan dalam jumlah besar, sehingga ia tidak mampu bekerja dan sulit melakukan pekerjaan, walaupun yang paling ringan.

Di tahun 2002, Wu dan keluarganya menghabiskan semua tabungan mereka untuk menjalani pembedahan, dimana doktor mengeluarkan 25 liter cairan dari perutnya. Sayangnya, penyakitnya menyerang lagi, dan dirinya menyedari harus menjalani operasi lagi. Namun, Wu dan keluarganya terlalu miskin untuk membayar biaya sebanyak 50,000 yuan ($7,686), sehingga Wu Yuanbi terpaksa melakukan sesuatu yang sangat mengejutkan.


Suatu hari, setelah suaminya, Cao Yunhui, pergi kerja, Wu merobek perutnya menggunakan pisau dapur. Hal itu dilakukannya kerana putus asa ingin meringakan rasa sakit di dalam perutnya. Wu harus menanggung sakit luar biasa selama beberapa jam, sampai suaminya pulang ke rumah dan menemukan dirinya terlantar di atas genangan cairan kuning dan usus. Dia segera dilarikan ke hospital dengan robekan sepanjang 10 cm di perutnya, dan diselamatkan oleh pegawai perubatan. Wu kemudia berkata, “Jika aku meninggal, setidaknya keluargaku terhindar dari kesulitan menjagaku.”


Setelah diliput oleh semua media, Wu Yuanbi akhirnya mendapat perawatan di sebuah hospital di Chongqing. Namun siapa yang tahu apa yang akan terjadi jika suatu hari nanti cairan kembali menyerang di perutnya.


Pihak berwajib di China mengatakan banyak keluarga di pedesaan bangkrup setelah menjalani prosedur pembedahan yang mahal seperti yang dijalani Wu, hanya kerana mereka tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli insuran yang murah. Tetapi, menurut suami Wu, insurans bukanlah pilihan bagi mereka kerana insurans pemerintah sama sekali tidak mencakup prosedur yang diperlukankan oleh isterinya.


Sumber :http://serbaneka.com/

Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Menteri Jepun gantung diri

myMetro              

TOKYO: Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun, mati dipercayai membunuh diri dua hari sebelum sebuah majalah tabloid menyiarkan dakwaan lelaki berusia 73 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan, menurut laporan, semalam.

Tadahiro Matsushita ditemui tergantung di rumahnya di Tokyo, kelmarin, lapor media Mainichi Shimbun. Menurut laporan itu, sepucuk surat dialamatkan kepada isterinya, Perdana Menteri Yoshihiko Noda dan anggota Kabinet lain, turut ditemui. 

Seorang wanita dari majalah tabloid Shukan Shincho berkata, edisi Rabu (hari ini) akan melaporkan berita mengenai skandal yang melibatkan Matsushita yang “mempunyai hubungan dengan wanita lain” tetapi enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.

Laporan media mengesyorkan majalah itu akan menyiarkan dakwaan Matsushita, yang juga menteri yang bertanggungjawab dalam perubahan dalam perkhidmatan pos, menjalin hubungan dengan wanita lain.


Anggota Kabinet yang lain memberi penghormatan kepada Matsushita semalam dan Menteri Kewangan, Jun Azumi berkata, “Beliau seorang ahli politik veteran dan kualiti kerjanya adalah sangat tinggi.”


Azumi akan menggantikan Matsushita sebagai Menteri Perkhidmatan Kewangan dan Noda akan mengambil alih tugasnya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam menyelia penswastaan rangkaian pejabat pos, lapor
Read More..