Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Leka Berborak Anak Mati Tersepit


AKIBAT terlalu leka berbual dengan rakan, seorang bapa di China tidak menyedari leher anaknya tersepit pada tingkap bumbung kereta sehingga mengakibatkannya mati akibat sesak nafas, semalam.

Dalam kejadian itu, Ling Ling, 3, berdiri dan bermain butang yang mengawal pembukaan tingkap bumbung itu, memetik laporan Asia One.

Pada masa yang sama, bapanya, Zhang Bing sedang berborak dengan rakannya dan tidak menumpukan perhatian terhadap anaknya itu.

Tidak lama kemudian, rakannya itu memanggil Ling Ling dan menyuruhnya turun sebelum kedua-dua mereka menyedari leher kanak-kanak itu tersepit pada tingkap bumbung.

Zhang segera membuka tingkap itu sebelum menurunkan anaknya sebelum rakannya menahan sebuah ambulans yang kebetulan lalu di situ.

Bagaimanapun, pihak paramedik akhirnya mengesahkan Ling Ling sudah meninggal dunia lima minit kemudian.

“Dia gadis yang cerdik dan juga kebahagiaan kami,” ujar bapanya.

Biarpun mengakui ia berpunca daripada kecuaiannya, namun dia bertekad untuk menuntut pampasan dari pengeluar kenderaan itu kerana tidak membekalkan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

Oleh: ELZA
Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

Mesir SEKAT LARANG Anak Presiden Morsi Sambung Belajar Di Malaysia


Pihak berkuasa Mesir melarang anak bekas Presiden Mesir , Osama Morsi untuk datang ke Malaysia lapor agensi berita Mesir, Mena.

Menurut agensi berita tersebut, arahan menyekat Osama itu datang daripada pemerintah negara berkenaan.
Ia merupakan sekatan kali kedua dalam tempoh 24 jam yang dikenakan ke atas Osama.

Osama dikatakan mahu menaiki pesawat Egypt Air ke Malaysia semalam gagal melepasi pemeriksaan imigresen apabila namanya tersenarai antara individu yang tidak boleh keluar dari Mesir.

Sekatan serupa dikenakan pada Ahad lalu, tetapi pihak berkuasa lapangan terbang Kaherah memaklumkan Osama bahawa ia hanya kesilapan prosedur.

Osama yang mengulas tindakan Mesir itu berkata, ia adalah satu lagi siri pelanggaran undang-undang dan pencabulan hak asasi.

Beliau juga menegaskan kehadirannya di Malaysia untuk menyambung pelajaran dan tiada kaitan sebarang usaha dalam perbicaraan bapanya.

Bapanya, Mohamed Morsi, presiden pertama yang dilantik secara demokrasi bakal dibicarakan semula 9 Januari 2014 atas dakwaan mencetuskan perhimpunan yang mengakibatkan kematian.
Read More..

Kamis, 13 Februari 2014

Anak muda perlu serius terjun dalam masyarakat

Harakahdaily 

Salmiyah Harun, 20 Okt 2013
PETALING JAYA: Penglibatan wanita muda secara khusus dalam masyarakat masih rendah terutama perlibatan diri secara sukarela yang menuntut kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama.

Menurut Ketua Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS Pusat Fareedah Samad berkata, anak muda hari ini harus lebih serius untuk mengambil tempat dalam masyarakat melalui agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambahnya, penglibatan melalui agensi ini merupakan permulaan yang terbaik untuk terjun ke dalam masyarakat sebagai tanggungjawab dan bukannya satu bebenan.

"Jika dahulu kita dapat lihat anak muda seawal usia dua puluhan telah cukup bersemangat melaungkan ucapan keramat dan bersungguh-sungguh membela anak bangsa.

"Kesedaran ini kerana mereka sendiri melihat dan merasa segala perit jerih anak pertiwi menongkah badai kemelut kehidupan," katanya ketika memberi ucapan aluan dalam majlis Hi-Tea Ameerah Fan Club di sini semalam.

Malangnya kata beliau, sebahagian anak muda hari ini lebih cenderung terlibat dengan budaya nagatif sehingga menggelapkan peranan besar mereka dalam proses pembinaan dan kepimpinan negara.

Apatah lagi katanya, terjebak dalam dunia yang nembantutkan perkembangan minda muda yang masih segar, merosakkan jiwa dan melemahkan jasad yang  sepatutnya dimanfaatkan untuk rakyat dan negara.

Kelompangan golongan muda yang gagal mempersiapkan diri sebagai pelapis kepimpinan negara, bagi Fareedah ia dilihat akan menjadi barah yang membawa kepada krisis kepimpinan negara yang berkualiti.

Justeru katanya, pendidikan politik dan kecintaan kepada negara akan langkap melalui penglibatan generasi ini di dalam kelompok masyarakat secara optima.
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Perkosa janda penghulu dibelasah anak buah



BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu di sebuah mukim *** di sini menerima padah apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.

Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.

Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.

Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.

“Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.

“Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.

Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.

Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi masih ‘miang’ bercinta dengan seorang guru.

Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit musnah selepas dikesan suaminya.
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Anjing Dalmation ini mengambil anak kibas berbintik sebagai anaknya





(jelajahunik) Kibas dengan kulit spot berbintik hitam-putih mungkin jarang sekali kita temukan. Tetapi anak kibas berikut ini memiliki warna yang unik, kulit tubuhnya menyerupai ciri anjing Dalmation dengan spot hitam-putihnya.
Anjing Dalmation mengambil anak domba ini sebagai anaknya

Anak kibas  hitam dan putih ini lahir dari peternakan Australia Selatan Barossa Valley. Kerana warna tubuhnya tidak umum, anak kibas ini sejak lahir ditolak oleh ibunya. Namun beruntung, setelah itu ia segera diadopsi oleh anjing Dalmation bernama Zoe dan pasangan ini kini tak terpisahkan. Kedekatan mereka juga sekaligus menjadi tontonan menarik sekaligus menghibur suasana peternakan John dan Julie Bolton.

Zoe dengan cepat menunjukan perhatiannya pada anak kibas yang ditinggalkan tersebut. Kerana merasa memiliki ciri warna yang serupa, anjing ini pun mengurus anak angkatnya itu layaknya merawat anak anjing Dalmation dengan penuh kasih sayang.

Sekarang, anak kibas berbintik persilangan antara kibas putih Dorper ram, dengan kibas betina berjenis Van Rooy ini dengan senang hati mengikuti kemana pergi sang anjing dan bahkan ikut tidur di dalam sebuah kandang anjing.

Nyonya Bolton mengatakan yang kibas kecil ini sempat bingung dan berusaha mencari cara untuk menyusu dari Zoe, tetapi ia harus puas dengan susu botol sebagai gantinya.
Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

93 anak masih tidak cukup mau tambah lagi

Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.
Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.

Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.
Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.

“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.

Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.
“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.

Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka. HM

 UAE’s Superdaad, Daad Murad
Read More..

Jumat, 29 November 2013

Anak yg Hilang Bertemu Keluarga Lagi Setelah Gunain Google Earth



Anak yg Hilang Bertemu Keluarga Lagi Setelah Gunain Google Earth - Pada tahun 1987, Saroo Brierley yang berumur lima tahun dan saudaranya naik kereta yang seharusnya membawa mereka pulang setelah seharian mengemis di jalan-jalan India. Tapi kedua bocah tersebut jatuh tertidur sementara kereta terus berjalan, dan beberapa jam kemudian mereka telah keluar dari kota.

Dan kini, 25 tahun setelah peristiwa itu terjadi, Brierley akhirnya menemukan jalan pulang ke rumahnya. Dan ia melakukannya dengan bantuan Google Earth.

Kurang jelas rincian peristiwa yang menimpa Brierley dan saudara laki-lakinya saat mereka turun dari kereta, tetapi sekilas yang dapat kita ketahui adalah beberapa kisah yang tidak bahagia.

Selama sekitar sebulan mencari jalan untuk pulang, ia hampir tenggelam di sungai Gangga, dan hampir diculik dan dijual sebagai budak. Di kemudian pada suatu saat saudaranya akhirnya meninggal dunia.

Akhirnya, Brierley ditemukan dan dinyatakan sebagai "anak hilang." Dia kemudian diadopsi oleh pasangan Australia, yang membesarkannya jauh dari tanah air dimana Ia belajar di Universitas Canberra, dan sekarang memiliki toko di Tasmania. Tapi itu tidak pernah menghentikan Brierley mencari keluarganya.

Sekitar 10 tahun yang lalu, Brierley mulai menggunakan internet untuk mencari rumah aslinya, dengan sedikit kenangan hidup dari masa kecilnya.

Baru-baru ini, ia kemudian menggunakan Google Earth untuk mencoba menemukan tempat yang cocok dengan kenangannya, dan bulan lalu Ia akhirnya berhasil menemukannya.

Google Earth membawa Brierley ke kampung halamannya, Ganesha Talai, dan dari sana ia melacak grup Facebook kota tersebut, mengirimkan email kepada beberapa anggota, dan akhirnya informasi yang diperolehnya membuat Brierley menemukan keluarganya.


Akhirnya Brierley bertemu kembali dengan orang tuanya setelah 25 tahun terpisah. namun karena terpisah sekian lama, ada sedikit kendala dalam bahasa dan budaya.



"Ada beberapa bahasa India di kepala saya, tetapi saya harus mengamati ekspresi wajah dan gerakan tangan untuk mengetahui apa yang mereka katakan." tuturnya kepada Indian Express.Kotak Hitam Dunia
Read More..